Cakap-cakap

Aku terperasan seperti aku di'tag' oleh Iman. Kali ni dalam Bahasa Melayu plak. Tak kesah la tu kan, aku perlukan cakap-cakap ni; dah penat menanda kertas2 peperiksaan bebudak ni. Kena rehat jap. Lagi pun ini kali pertama aku nak cakap-cakap kat sini guna bahasa ibunda...

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Telefon bimbit.

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
Buah jambu batu dan buah betik yang dah dipotong2.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Penting ke tempat tu? Yang penting lafaz nikah tu...

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Selagi hayat dikandung badan...

5. Adakah anda dilamun cinta?
Perlu ke jawab soklan ni? Kalau ye, camne?

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
Anjung kat Serdang, dengan budak2 Master aku yang berangan Mat Jenin aku jadi Naib Canselor wanita pertama di UPM ni yang mengendong Chihuahua dan memakai mortar board yang bertulis 'Y'allz'!

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Menangis, Negaraku Tercinta (Cry, The Beloved Country oleh Alan Paton)

8. Apakah nama penuh kamu?
Mak aih, takkan tak tau2 lagi?

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Dua2 aku sayang, seh!

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Josh Holloway.

11.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
i. Suraya - rakan sekerja dan pelajar Master aku yang tak tau apa statusnye sekarang
ii. Ann - kenal sejak zaman KPP dulu; orang pertama atau kedua aku akan telefon kalau ade masalah
iii. Intan - kenal sejak tingkatan 5 lagi, same2 tinggal kat Keramat dulu, same2 masuk KPP dan pernah same2 menangis dengan aku beberape kali
iv. Faiz (Lybia) - ni member satu kepala sebab same2 Libra
v. Faiz Ahmad Helimi - ni bekas pelajar eksekutif aku dulu yang aku dah anggap macam adek aku sendiri, dan selalu mendoakan aku cepat dapat jodoh
vi. Yat - ni member kenal dari zaman KPP gak, selalu menelefon aku bila dia terkandas dalam kesesakan lalu lintas, dan suka ajak aku gi makan2
vii. Wan Rose - rakan sekerja yang selalu berkongsi kepahitan hidup aku sebagai seorang wanita dan pensyarah, dia ni pendek cerita mentor aku lah
viii. Rohimmi - rakan sekerja yang sama nasib dengan aku - lom buat PhD lagi

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Dah tu, sape plak nak cucikan...

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pergi?
Eropah

14. Pelukan atau ciuman?
Err...dua2 tak boleh ke?

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang 'tag' kamu.
Iman
i. anak sepupu aku
ii. kenal sejak dia masih bayi lagi
iii. seorang yang kreatif
iv. seorang yang pintar
v. seorang yang celik seni

16. 8 perkara yang amat saya gilai
i. MB
ii. membaca
iii. bercuti dalam dan luar negara
iv. teater
v. lepak2 dgn kengkawan
vi. seni
vii. makanan yang sedap
viii. memasak utk kengkawan (tertakluk kepada terma dan syarat)

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
i. "Good morning, class."
ii. "I'll see you on _____"
iii. "Okay, good."
iv. Stress!
v. Uik?
vi. Yeay!
vii. Huh?
viii. Si-al!

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
i. Kejatuhan Moral (Moral Disorder oleh Margaret Atwood)
ii. Wanita di Tepi Laut Lagi Satu (Woman on the Other Shore oleh Mitsuyo Kakuta)
iii. Hari ke 210 (The 210th Day oleh Soseki Natsume)
iv. Sungai Dalam (Deep River oleh Shusako Endo)
v. Suara Lain, Rumah Lain (Other Voices, Other Vistas oleh B.H. Solomon)
vi. Pengganas (Terrorist oleh John Updike)
vii. Kafka di Tepi Laut (Kafka on the Shore oleh Haruki Murakami)
viii. Membesar di Trengganu (Growing Up in Trengganu oleh Awang Goneng)

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
i. Jadi Hamba Sampai Mati (Slave to the Grind, Skid Row)
ii. Lelaki Yang Menjual Dunia (The Man Who Sold The World, Nirvana)
iii. Tolak (Push, Matchbox 20)
iv. Kembali pada Kegelapan (Back to Black, Amy Winehouse)
v. Mari Menari (Let's Dance, David Bowie)
vi. Saya Tak Cinta Awak (I Don't Love You, My Chemical Romance)
vii. Pergi ke Bawah (Going Under, Evanesence)
viii. DiBawah Jambatan (Under The Bridge, Red Hot Chili Peppers)

20. Mari men’tag’ 8 orang lain.
Sape rase ter'tag', buat la, seh!

Sekian, terima kasih. Saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau tatabahasa, ejaan, dan daftar kata saya kurang mantap. Cintailah Bahasa Kita.

Comments

Iman Hayat said…
i'm a scorpio! hehehe...
Pandan said…
oops, sowi. ok, i'll make the necessary change. hehehe

Popular posts from this blog

One Kiddo's Opinion

Bring It On, 2010!

KPI