Kenyataannya
Sememangnya aku suka mengungkapkan cinta
tapi jarang dengan kata-kata
atau setiap masa
kerana cinta yang diucapkan berulang kali
akan hilang nikmatnya
Sememangnya aku tidak suka berjanji
pada bulan atau matahari sebagai saksi
kerana tidak semua janji bisa ditepati
kuasa Illahi mengatasi
Sememangnya aku tidak suka bersumpah
untuk sehidup semati kerana cinta
bukannya aku tidak percaya
hakikatnya
kita hanya hamba yang pasrah
tapi jarang dengan kata-kata
atau setiap masa
kerana cinta yang diucapkan berulang kali
akan hilang nikmatnya
Sememangnya aku tidak suka berjanji
pada bulan atau matahari sebagai saksi
kerana tidak semua janji bisa ditepati
kuasa Illahi mengatasi
Sememangnya aku tidak suka bersumpah
untuk sehidup semati kerana cinta
bukannya aku tidak percaya
hakikatnya
kita hanya hamba yang pasrah
demi Allah
Mungkin aku tidak romantik
tetapi aku kan realistik.
1992
Mungkin aku tidak romantik
tetapi aku kan realistik.
1992
Comments