Kau Peduli Kah?


Aku dah lalui semua perasaan itu. Perasaan itu wujud dalam pelbagai dimensi dan ada pasang surut dan aku dah lalui semuanya. Dan aku tak takut lalui semula sebab perasaan itu boleh menjadi perkara yang terindah jika kena caranya. Kalau aku takut untuk lalui semula lebih baik aku berhenti jadi seorang manusia. Tak perlulah aku kupaskan ciri-ciri seorang manusia tu kan.  

Kadang kadang aku benci dengan perasaan ini. Sebab perasaan ini tak pernah membawa aku ke mana-mana pun. Aku pun heran kenapa aku tak putus asa lagi. Kalau lah ada ubat anti-biotik untuk perasaan ini, senangnya hidup aku sebab  perasaan yang telah lama bersarang ni akan terus terbantut dan jumud untuk kesekian kalinya. Tamat.

Jadi aku pasrah. Aku malas nak tanya dari mana datang perasaan ni sebab aku percaya otak kerdil aku ni takkan dapat mencari jawapannya. Walaupun perasaan ini buat hidupku kadang kadang jadi tak tentu arah. Walaupun aku jadi separuh gila cuba untuk memahami diri kau. Bersabar dengan keegoan kau. Rela dengan jawapan yang tak pasti dari kau. Semua ni berpunca dari perasaan yang aku ada untuk kau.  Dan aku sentiasa ada suara yang meyakin kan diriku, masih ada harapan, kau di landasan yang betul. Ya, aku selalu positif. Aku tak tau dari mana aku dapat kekuatan ni. Tapi sekarang kekuatan aku makin goyah.

Kau peduli kah?

Comments

Popular posts from this blog

One Kiddo's Opinion

Bring It On, 2010!

KPI