30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..


I came across this very interesting note on FB. I could definitely relate to it but as usual, since it was written by a man, the woman in me just had to respond (not react, mind you). My response is in italics.

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..
Bukan tak sempat, maybe derang harap org lelaki faham sendiri la, buat homework sikit...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
Mungkin. Sebenarnya nak attention...

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
Betul. Ucapan maaf tu boleh menyejukkan hati yang panas!

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
Kalau dah suka, yg hodoh semua cantek...

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
Betul. Kesian lelaki lain tu.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
Uh. Ye ke. Saya pulak mungkin tak selesa sebab mata kan jendela jiwa. Saya rasa seperti dia membaca saya seperti sebuah buku. Seram! Oh tidak!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
Suka pujian – betul. Tidak tau menerima pujian – salah.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
Seperti...?

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
Betul.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
Betul. Tambahan: YM & SMS juga memainkan peranan.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
Betul.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
Betul tapi kalau terlalu berseloroh pun boleh mati mood da...

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
Betul kecuali bersikap acuh tak acuh tu. Mungkin dia akan bersikap cool je tapi dalam hati dah gymnastic berirama peringkat Olympic tau!

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
Betul.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
Betul.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
Betul. Tak reti bahasa ke?

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
Betul. Usaha tangga kejayaan.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
Betul. Kecuali kamu ada sixth sense!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
Betul sangatttttttttttttttttt!!!

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
Tak payah buku cinta la, internet kan ada. Cth: askmen.com. Duh.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
Bukan gambar kelas je, gambar facebook dah cukup membuatkan dia bertukar hijau...

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
Bekas teman lelaki tiada tempat dihatinya. Hidup mesti diteruskan.

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
Betul.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
Dan blognya.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
Boleh...Boleh belah!!!

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
Komunikasi yg baik juga penting.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
Betul.

27. Senjata wanita adalah airmata!!
Mungkin dulu lah. Sekarang ni senjata wanita adalah pendidikan yang diterimanya.

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
Ragu-ragu tu masih ada lah...

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
Betul tapi ape pon biarlah ikhlas!

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Jangan ambil hati masa nak mengurat/bercinta je ye...


Comments

Popular posts from this blog

One Kiddo's Opinion

Bring It On, 2010!

KPI